Thursday, 18 October 2012

Haiwan Yang Di Klon

Klon dalam istilah biologi ialah satu proses menghasilkan anak yang mempunyai kandungan genetik sama dengan induknya. Ia terjadi secara semula jadi bagi organisma seperti bakteria dan serangga manakala tumbuhan secara pembiakan tampang. Pengklonan dalam bioteknologi merujuk kepada satu proses untuk mencipta satu salinan pecahan DNA (pengklonan molekular), sel (pengklonan sel), atau organisma.



Dolly"The Sheep Clone"

Ingat tak kepada kambing biri-biri yang bernama dolly.Ia merupakan klon yang begitu menggemparkan dunia dan berjaya dalam dunia biologi.Dengan kejayaan dolly para saintis berlumba-lumba ingin menghasilkan klon mereka yang tersendiri maka terhasilah :



Unta

Injaz (Bahasa Arab: إنجاز, yang bermaksud "pencapaian"; lahir 8 April, 2009 adalah seekor unta betina dromedaris,merupakan unta yang pertama didunia yang berjaya diklonkan.Dr Nisar Ahmad Wani, yang mengetuai pasukan penyelidikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, mengumumkan pada 14 April, 2009, bahawa unta yang diklon dilahirkan selepas kehamilan yang "rumit" selama 378 hari.

 
Ikan


Seorang saintis dari negara china Tong Dizhou berjaya memasukkan DNA dari ikan kap jantan ke dalam telur ikan kap betina untuk mencipta klon ikan pertama didunia pada tahun 1963.
 

Kucing

Pada Disember 2001, saintis di Texas A & M University berjaya menklon kucing yang diberi nama CC (peniru).Walaupun CC adalah satu salinan tepat pada kucing yang diklonkanya tetapi mereka mempunyai personaliti yang berbeza.CC mempunyai sifat malu dan takut,berbanding kucing yang diklonnya bersifat lebih aktif.

 
Lembu


Anak lembu pertama yang berjaya diklon dilahirkan pada 7 Februari, 1997.Lembu betina dari baka A Holstein bernama "Daisy" telah diklon oleh Dr Xiangzhong Yang menggunakan sel-sel kulit telinga dari lembu yang tinggi-merit dinamakan Aspen di University of Connecticut pada 10 Jun 1999, diikuti oleh tiga klon tambahan, Amy, Betty, dan Cathy menjelang Julai 7, 1999.

 
Rusa


Dewey dilahirkan pada 23 Mei, 2003 di Texas A & M University.


Anjing

  
Saintis Korea Selatan Hwang Woo-Suk mengklon anjing yang dinamakan Snuppy pada tahun 2005.Pada tahun 2011 penyelidik Korea Selatan mengklon anjing dari baka beagle yang bernama Tegon.


Katak


Pada tahun 1958, John Gurdon dari Universiti Oxford, menjelaskan bahawa dia telah berjaya mengklon katak. Dia melakukan dengan cara menggunakan nukleus utuh dari sel-sel somatik daripada berudu jenis Xenopus.

 
Seladang


Satu spesis lembu liar, spesies yang pertama terancam untuk diklonkan. Pada tahun 2001 di Genetik Trans ova di Sioux Center, Iowa, Amerika Syarikat, Seladang diklon dilahirkan dari seorang ibu lembu domestik tumpang. Walau bagaimanapun, anak lembu itu mati dalam tempoh 48 jam.


 

Kuda 

Pada tahun 2003, kuda pertama didunia yang berjaya diklonkan diberi nama Prometea dilahirkan.


Tikus


Mungkin mamalia yang pertama diklonkan ialah tikus yang dinamakan Masha pada tahun 1986, di Kesatuan Soviet.Walau bagaimanapun, pengklonan telah dilakukan dari sel embrio,manakala Dolly kambing biri-biri pada tahun 1996 telah diklon daripada sel dewasa.Tikus pertama dari sel dewasa yang diberi nama Cumulina, dilahirkan pada tahun 1997 di Universiti Hawaii di Manoa dalam makmal Ryuzo Yanagimachi menggunakan teknik Honolulu.



Kambing Gurun


Pada tahun 2009, satu klon berjaya dihasilkan tetapi mati tujuh minit kemudian, disebabkan kecacatan fizikal dan kegagalan paru-paru.

 

Kambing biri-biri


Dolly (1996-2003),mamalia pertama didunia diklon daripada sel somatik.

Polly dan Molly (Julai 1997),mamalia pertama didunia dari transgenik diklonRoyana (2006) diklon di Royan Penyelidikan institut di Isfahan, Iran.Oyalı dan Zarife telah diklon pada bulan November 2007 di Universiti Istanbul di Istanbul, Turki.

Kerbau


Kerbau yang pertama di dunia telah diklon sama ada di Beijing China pada tahun 2005 atau New Delhi, India pada tahun 2009 "Samrupa" yang pertama di dunia diklon tetapi mati seminggu kemudian dakibat jangkitan paru-paru.




Walau bagaimanapun banyak pengklonan yang diklasifikasikan sebagi ''klon yang tak sempurna'' kerana pelbagai masalah didapati apabila ingin menghasilkan sesuatu pengklonan seperti kecacatan,jangka hayat dan diserang penyakit.Sebagai contoh Dolly yang dikatakan mampu hidup selama 10 ke 11 tahun hanya mampu bertahan selama 6 tahun dan mati akibat kegagalan paru-paru.


P/S Tak ada satu pun manusia berjaya diklonkan..wallahhu alam....


Wednesday, 17 October 2012

Planet Baru Ditemui : PH1

Sebuah lagi planet yang baru dijumpai oleh para saintis astronomi......


Planet PH1(Planet Hunter 1)



WASHINGTON, 16 Okt, 2012 (AFP) - Satu pasukan antarabangsa ahli astronomi amatur dan profesional telah menemui sebuah planet yang  diterangi oleh empat matahari.Planet ini diberi nama PH1 dan terletak kira-kira 5,000 tahun cahaya dari bumi.PH1 mengorbit dua matahari/bintang,dan seterusnya mengorbit dua lagi bintang yang jauh kedudukanya. Hanya enam planet yang dikenali untuk orbit dua bintang, penyelidik mengatakan, dan tiada satu pun yang mengorbit oleh bintang yang lebih jauh.
PH1 adalah gergasi gas dengan jejari kira-kira 6.2 kali bumi dan sedikit lebih besar daripada neptun. Ia mengorbit sepasang bintang eclips yang 1.5 dan 0,41 kali jisim matahari dan mengorbit kira-kira setiap 138 hari.Dua bintang yang lain mengorbit sistem planet pada jarak yang kira-kira 1,000 kali jarak antara Bumi dan Matahari.


Planet PH1 mempunyai empat matahari

Planet yang baru ditemui ini bukanlah seperti bumi jika mengikut jisimnya ia terdiri daripada gas dan mungkin lebih mirip kepada planet musytari,zuhal dan neptun.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Planet PH1 sila klik

PH1 : A planet in a four-star system « Planet Hunters 


P/S Bayangkan jika bumi mempunyai empat matahari... 

kredit kepada blog.planethunters.org
 

Tuesday, 9 October 2012

I'm Not A Perfect Person

Tak tahu nak tulis apa..terjumpa pulak lagu lama yang memang dah lama tak dengar.


Jom nyayi sama-sama.......



THE REASON

I'm not a perfect person..
There's many things I wish I didn't do..
But I continue learning..
I never meant to do those things to you..
And so I have to say before I go..
That I just want you to know..

I've found a reason for me..
To change who I used to be..
A reason to start over new..
and the reason is you..

I'm sorry that I hurt you..
It's something I must live with everyday..
And all the pain I put you through..
I wish that I could take it all away..
And be the one who catches all your tears..
Thats why i need you to hear..

I've found a reason for me..
To change who I used to be..
A reason to start over new...
and the reason is you..
and the reason is you..
and the reason is you..
and the reason is you...

I'm not a perfect person..
I never meant to do those things to you..
And so I have to say before I go...
That I just want you to know..

I've found a reason for me..
To change who I used to be..
A reason to start over new..
and the reason is you..

I've found a reason to show..
A side of me you didn't know..
A reason for all that I do..
And the reason is you..

Lirik yang sungguh bermakna...

Thursday, 4 October 2012

Bintang : Sebuah Cahaya Di Masa Silam

Asalamualaikum........

Bintang-Bintang
Melihat bintang di langit umpama melihat sebuah kisah diwaktu silam.Mungkin setiap kali kita melihat kelipan bintang-bintang yang bertaburan dilangit adalah suatu yang bersiaran langsung.Tentu sekali adalah tidak kerana cahaya yang dipancarkan dari bintang tersebut adalah cahaya yang dipancarkan dari masa lalu,dari masa sebelum kita lahir atau mahupun dari masa prasejarah.Berpuluh,beratus dan beribu tahun baru cahaya bintang tersebut sampai kebumi/perlihatan kita.

Secara ringkasnya ialah:
  1. Jarak bintang dikira melalui kelajuan cahaya.
  2. Kelajuan cahaya berkelajuan anggaran 300,000 kilometer sesaat, atau 186,000 batu sesaat
  3. Sebagai contoh cahaya dari matahari mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi.
  4. Jarak bumi dengan matahari adalah sejauh lebih kurang 150 juta km.
  5. 150 juta km bersamaan 1AU (astronomi unit)
  6. Bintang paling dekat, Proxima Centauri terletak 4.22 tahun cahaya jaraknya daripada Bumi.
  7.  Galaksi kita Bima Sakti, mempunyai kelebaran lebih kurang 100,000 tahun cahaya.
  8.  1 tahun cahaya bersamaan 9,460,730,472,580.8 km atau 9.46 petameter.
  9. Terdapat satu lagi partikal yang dapat menandingi kelajuan cahaya tetapi masih lagi dalam kajian iaitu neutrino yang bergerak pada kelajuan 300,006km sesaat iaitu lebih 6 km dari kelajuan cahaya.
Secara definasinya,andai kata kita berada di sebuah planet x pada tahun 1500 dan kita mempunyai teleskop yang mampu meneropong bumi.Pada waktu itu jarak planet x dengan bumi ialah sejauh 512 tahun cahaya.Jadi secara realitinya teleskop yang kita teropong itu adalah pada waktu tahun 1500 di bumi tetapi hendak sampai ke bumi perlu memakan masa selama 512 tahun.512 + 1500 = 2012.Jadi dengan kelajuan cahaya,jika kita travel pada waktu 1500 kita hanya akan sampai di bumi pada tahun 2012.Dalam hal yang sama juga jika kita dari bumi hendak ke planet x akan memakan masa yang serupa.

Begitulah secara ringkasnya.Bintang diatas sana itu terlampaulah jauh sebenarnya.Mustahil untuk kita meneroka.




.