Asalamualaikum........
 |
Bintang-Bintang |
Melihat bintang di langit umpama melihat sebuah kisah diwaktu silam.Mungkin setiap kali kita melihat kelipan bintang-bintang yang bertaburan dilangit adalah suatu yang bersiaran langsung.Tentu sekali adalah tidak kerana cahaya yang dipancarkan dari bintang tersebut adalah cahaya yang dipancarkan dari masa lalu,dari masa sebelum kita lahir atau mahupun dari masa prasejarah.Berpuluh,beratus dan beribu tahun baru cahaya bintang tersebut sampai kebumi/perlihatan kita.
Secara ringkasnya ialah:
- Jarak bintang dikira melalui kelajuan cahaya.
- Kelajuan cahaya berkelajuan anggaran 300,000 kilometer sesaat, atau 186,000 batu sesaat
- Sebagai contoh cahaya dari matahari mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi.
- Jarak bumi dengan matahari adalah sejauh lebih kurang 150 juta km.
- 150 juta km bersamaan 1AU (astronomi unit)
- Bintang paling dekat, Proxima Centauri terletak 4.22 tahun cahaya jaraknya daripada Bumi.
- Galaksi kita Bima Sakti, mempunyai kelebaran lebih kurang 100,000 tahun cahaya.
- 1 tahun cahaya bersamaan 9,460,730,472,580.8 km atau 9.46 petameter.
- Terdapat satu lagi partikal yang dapat menandingi kelajuan cahaya tetapi masih lagi dalam kajian iaitu neutrino yang bergerak pada kelajuan 300,006km sesaat iaitu lebih 6 km dari kelajuan cahaya.
Secara definasinya,andai kata kita berada di sebuah planet x pada tahun 1500 dan kita mempunyai teleskop yang mampu meneropong bumi.Pada waktu itu jarak planet x dengan bumi ialah sejauh 512 tahun cahaya.Jadi secara realitinya teleskop yang kita teropong itu adalah pada waktu tahun 1500 di bumi tetapi hendak sampai ke bumi perlu memakan masa selama 512 tahun.512 + 1500 = 2012.Jadi dengan kelajuan cahaya,jika kita travel pada waktu 1500 kita hanya akan sampai di bumi pada tahun 2012.Dalam hal yang sama juga jika kita dari bumi hendak ke planet x akan memakan masa yang serupa.
Begitulah secara ringkasnya.Bintang diatas sana itu terlampaulah jauh sebenarnya.Mustahil untuk kita meneroka.